30 October 2013

Berjimba bersama Mereka !!









we always together !! kamu sahabat selamanya  !! rindu korang !! jgn lupe yer??sabtu kiter dating lagi...
muahahahhahahaha

29 October 2013

Sahabat selamanya [HQ].mp4

lagu untukmu TEMAN

surat buat sahabat

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.



Renungilah... terima kasih padamu sahabatku..maafkanlah diriku sekiranya aku belum cukup membuat yang terbaik sbagai Sahabatmu,


tetapi Insyaallah atas nama Allah dan ukhuwah fillah yang penuh keikhlasan ini akan Ku cuba menjadi yang terbaik buat mu sahabat.

ADE JAWAPAN TOK SOKLAN DIBAWAH??WAHAI SAHABAT??
1.       nape saya sayangkan awak dan rindukan awak walaupun saya tahu KITE SERING BERJUMPA....
2.       nape saya slalu rindukan awak walaupun saya tahu RINDU AWAK BUKAN UNTUK SAYA....
3.       nape saya sayang awak walaupun saya tahu AWAK PON MENYANYANGI ORG LAIN..
4.       nape saya rasa x bleh berenggang ngn awak walaupun sehari padahal saya tahu AWAK X KISAH PON WALAUPON SAYA TAK DE BERSAME AWAK..